Pages

Thursday, August 28, 2014

Isu bersalin lagi..

Now dh 37w..
Kejap je rasa.. Tup tup dah nk bersalin dh.

Tapi.. Tapi., masalahnye dila blom confirm lg nak bersalin kt mana!
Haiya!

Mula2 decide nak bersalin kat Dewan Bersalin Muslimah Gombak.. Tpi Isnin baru ni bila dila mintak suggestion Dr Wan tempat yg dila check up tu, dier kate since baby dila kecik, takut baby kena masuk incubator, dier suggest utk pergi ke hospital yg ad set up ni..

Ok.. Bila Dr Wan cakap cam tu dh pening dh fikir nak bersalin kat mana.. Dah anak 2nd pun jadi cm ni gak..

Jd mintak Dr Wan buat surat refer ke HUKM.. Cam agak jauh gak kn.. Tp x tau nk g mn.. Pasrah je la.. Nasib baik hubby ada utk temankan..

Mula2 kt HUKM g kat bhgian gov.. Tp dier kate facility x cukup.. Bla bla bla...
Lepas tu kami naik ke private wing.. Jumpa dengan Dr Kadir. alhamdulillah lepas consult ngn Dr, dier kata baby semua ok n dtg balik nxt week n boleh decide nk czer or nak bersalin normal..

Balik rumah, ayah suruh g tanya kt Pusrawi or Tawakkal lak.. Tp dila cam berat hati lak nak g. Coz nak byr consultation fees lg.. Nk kena cerita from A to Z lg..

So hari ni g Pusrawi. Jumpa Dr Daud. 1st jumpa, doc baik.. Tp dila try minta utk jumpa dr perempuan lak. Dier kate ok... Dr kate 85% chance untuk bersalin normal. Tp since yg dulu dah czer, andai kata jahitan lama tu terbuka akan tau time nak bersalin. Cam ngeri lak kan dengar. Auch!

Jadi, persoalannye, nk bersalin kat mana? Normal or czer?

Friday, August 22, 2014

Beralih arah..

Before ni sibuk dengan produk Mary Kay.. tapi sekarang dengan FeelVogue lak. Kenapa?

haaa,,, mesti ade sebab kan kan...?

One of the main reason, Dila jenis x sampai hati... haa.. (maaf kalau orang MK terbaca ni)

Dila jenis yang kawan dengan semua orang.. dari penganggur, org jual burger.. x kisah la asalkan dier orang.. semua orang tahu bila kate je MK, dah terbayang produk dier yg hebat beserta harganya yg standard produk kosmetik kat kaunter cam Bioterm, Lancome, SK2, dll....

Bila Dila nak jual kat orang, jadi x sampai hati nk cakap harganya.. (cam mana nak berniaga cam ni kan??) Plus barang2 yang nak kena beli sangat la banyak (ni memang Dila kena akui)

Meh tengok rutin harian Dila dulu (jangan terkejut tau!) - x tau la betul x urutannye coz dh lupa~~~

Cleanser
Softener (Toner)
Day cream
Moisturiser
Sun protector
Make up base
Foundation (3 warna hokeh utk dapat hasil yg mantap)
Loose powder
Compact powder
... n make up cam biase..

Rutin sekarang (jangan terkejut. brape banyak kali terkejut x tau la...)
Cleanser (still MK punye)
FEELVOGUE Supercover Foundation
FEELVOGUE Bridal Touch
FEELVOGUE Make Up Spray
lipstick

FV Bridal Touch n FV Make up Spray tu baru je keluar sebelum raya.. Sebelum tu cuma pakai FV foundation je. bedak pun x payah pakai. Memang jimat giler giler giler. haha! Puas hati.

HAAAAAA. Lagi satu. Dulu Dila memang cam agak anti dengan produk tempatan (belagak btol minah ni). Especially kalau kosmetik. Sebabnye kebanyakkan produk tempatan ni banyak yang x selamat. Mana Dila tau? sebab dila memang suka kosmetik. n suka kaji ingredient2. budak kimia katenye!

Tapi x tau kenapa dengan FEELVOGUE ni Dila terbuka hati nak try (jatuh cinta pandang pertama. poyo!)

Bila try???

Hasilnye memang superb! berpeluh pun foundation x hilang. especially kt bhagian hidung. Sejak tu terus sign up jadi agen.. 

Begitu la citer LOVE at 1st SIGHT dengan FEELVOGUE...

Terasa jatuh cinta gak x? Klau macam nak jatuh cinta, macam x berapa nak percaya, boleh pm/ whats app Dila ye.. 013-3332476

FEELVOGUE Supercover Foundation, FEELVOGUE Bridal Touch, FEELVOGUE Make Up Spray

berFEELVOGUE la pulak....

Bismillahirrohmanirrahim....

Berkurun lame tak buka page ni.. busy sangat dengan hal2 dunia. Ehem!

ok2. new update.

Sekarang ni sibuk pulak dh ber-FEELVOGUE.. ape tu? dier cam ala-ala perasan vogue gak la. Agaga.



Ini lorr produk yang super best aku pakai sekarang.. n jual...

(agak macam2 produk aku jual kn? haish.. biase la.. dalam nak cari yang serasi, macam2 yang akan kite lalui... aiseh. ayat...)

ok berbalik pada produk ni.. FEELVOGUE ni keluaran Precious Sara Ent.. aku kan jenis cerewet dengan bab2 benda letak kat muka. Muka tu aset tuuuu.... ok FEELVOGUE ni ada 3 item.

1. FEELVOGUE Supercover Foundation
2. FEELVOGUE Bridal Touch
3. FEELVOGUE Make Up Spray

Stakat ni yang memang high demand FV Supercover Foundation. Sebab? Aku gelarkan dier foundation ALL in ONE.

Moisturiser.
Concealer.
Sun protector
Foundation
Bedak.
Semua dalam 1 bekas!

Best ke best?



x payah buang duit beli banyak2 barang..
x payah buang masa berjam2 depan cermin..
x payah gado ngn bf n husbnd sebab bersiap lambat. ehem!

PLUS, ni produk Muslim tau. bukan yang beli timbang kilo kt negara jiran tu...

ok. sambung lain lak k..
nak tau lebih lanjut boleh contact ak.. 013-3332476 =)
nite2~~

Friday, April 25, 2014

Sedekah tarik rezeki



Lame x update blog. Sibuk dengan biz on9n mana2 yang perlu.

Bulan lepas sibuk ngn ESP Shaklee. Meletup2 sales masing2. Kan kan? Tapi ni bukan nak cakap pasal March punya cerita.

April suda.. 2 minggu pertama memang down giler sebab case claim client yang x sttle. Its ok... I take the blame.. Even bukan 100% salah aku. X masuk lagi hal2 lain... Huaaaa...! Nangis kalau cam ni selalu. Haish..

Itu semua COOOBAAAANNNN.....!!!

Masuk minggu ke 3, aku tekad labur duit tuk g personal coaching tuk biz. Melabur untuk ilmu memang x kan rugi.

Kite x kan jadi bodo dengan belajar. X gitu?

Selepas 5 jam coaching.. Jumpa dengan mereka yg hebat. Buat praktikal terus.. Rase berkobar2 koz dah nampak clue mana yang perlu dbaiki.

Alahmdulillah.. Syukur sangat. Semoga dipermudahkan...

Owh. Panjang lak intro. X masuk lg cerita. So nak dipendekkan cerita, ak jadi agen tuk produk pembersih wanita yang baru launch kat pasaran..

Nak jual, lagi bagus klau guna sendiri. Klau orang tanye pun boleh terus bg tau pengalaman sendiri. Dengan balance duit yg ade, aku beli 2.. 1 tuk aku, n 1 lagi bagi kat ibu..

Lepas pkai 2 hari terus sign up tuk jadi pengedar. Weeee...!!! Produk hebat kene la share ngan orang kan..

Beli 10 je dulu. Barang belum smpai aku dah fikir nak bg 1 kat mak mertua. Adil la kn. dua2 mak dapat =)

Mungkin dengan sedekah yg sedikit, Allah murahkan rezeki aku.. Sales masuk x putus2.. Hati lapang walaupun x banyak.. Syukur.. Syukur..

"Apa yang ada pada kita belum tentu kita punya. Apa yang kita sedekahkan itu la hak kita"
The power of sedekah :)

x caya? cuba amalkan.

Hygienic foam yang best

Tuesday, January 28, 2014

halal or haram?!

Beberapa lama ni aku cuma diam je bila isu ni diperkatakan.. bukan sorang dua yang tanya.. atau dengan sengaja foward message or print screen facebook.

Ala.. sebab dier orang kenal aku. Tak kan pulak ak nak meroyan tiba2 kan..? Bukan aku ambil mudah isu halal or haram.. aku cuma x nak tambah spekulasi... x mau menyumbang comment yang mengarut... alah. 3 tahun jadi Halal Exec company, puluh2 kali baca e-fatwa, x tau brape banyak kali dail no fon jakim x berangkat. Ehem! ape la sangat dengan orang yang 30 tahun dilahirkan sebagai muslim. Ye tak?

ok2.. berbalik pada kenapa aku kecewa. Banyak lak melalut.

bila mula2 isu ni aku kesan, beberapa bulan lepas. Sebelum isu ni jadi besar cam ni. Bila lampiran sijil, test n even chemical safety data sheet diletak kat web, tapi sijil halal xde. Maube P&C? X tau la...

Maybe ni la yang orang kate.. bila produk or company dah mula nak berjaya, macam2 rintangan akan berlaku..

start dengan 1 group ni mengatakan biz MLM ni bla bla bla... then x lame lepas tu company bagi lampiran surat..

berbalik pada isu ni... company x buat benda yang sama.. x de surat. Xde sijil. Xde notis. Xde penerangan or what ever. Nothing!

bila isu ni naik kat group..
jawapan mereka yang mulanya cuma kate "ala tu dier orang dengki la tu..." or "jgn pedulikan dier orang. Teruskan biz kite. Fokus bonus bertingkek2"
Aku diam lagi...

sampai satu ketika.. bila anak2 buah 'menyeru' sifu mereka (sifu la kot sebab bonus dah cecah 6 angka woii. Orang baru blajar, 4 angka pun x lepas lagi) untuk meleraikan kekusutan dek x tahu nak jawab kat prospek & downline.

...jawapan yg diberi. N yang ku baca sungguh mengecewakan...
Lebih kurang macam ni....
"Saya dah tanya pada beliau sekali. Hanya tunggu tindakan beliau. Siapalah saya untuk mendesak beliau mengenai perkara ini"
...tambah mengecewakan...
"Rasenye lebih baik kita fokus pada biz kita n tutup dulu perkara ni......"

Reaksi ak?
baca balik message beberapa kali sambil dalam hati cakap "kepala hotak ko! Sebelum ni bileh message2 sembang2 dengan 'beliau' tu bagai tapi bila isu halal n haram yang diutarakan, ko bleh cakap siapelah ko???? Ko dah dapat macam2. Bonus bertingkek konon dengan kereta mewah, ko bleh bagi alasan bodo macam tu? Klau time aku kerja, boleh je tanya kat bos tuk follow up n tiba2 ko x bleh nak follow up pasal isu agama ko? What da....????n bla bla bla" aku bebel sorang2 dalam hati...

n sejak tu aku mendiamkan diri.. xde lagi promosi d wall.. biarkan...

hm..
isunya begini.. bukan xde logo halal tu bermakna bahan tersebut adalah haram. NO!
klau betul hanya buah2an yang digunakan, ianya still halal...
nak dapat logo halal bukan setakat ingredient.. filing, management, processing, storage, equipment semua diambil kira..
penyalahgunaan logo halal tu more pada etika sesebuah company. Kalau logo halal pun diperkotak katikkan, agak2nye ko rase sebagai orang muslim, ko bernilai ke kat company tu? Maksudnye lagi ko ni dipergunakan je tuk melariskan produk dier. Dier peduli ape dengan korang semua yang menjual ni. Asalkan pulangan company dah cecah jutaan ringgit.

harap mata hati mereka masih celik utuk menilai.
Jangan dibutakan dengan duit bonus je..

wallahualam..

Tuesday, January 14, 2014

Zaman yang d tinggalkan..

Bila biz partner saya nak g interview.. lepas bertahun2 meninggalkn zaman blajar, mlm ni partner tanya soaln kimia.

Muahaha. Yang x caya aku masih simpan saki baki term2 kimia dalam kepala..

Nasib baik x tanya ak reaction2 bagai.. alkylation.. hydrolysation... klau x pitam aku nak cari nota khazanah alam yang selayaknya d masukkan ke arkib.

Ap yang aku mengarut malam2 mengimbas kenangan lame.. rinduuuuuu... wth???!

Saturday, November 23, 2013

.. i admit. I was wrong ..

As salam.  N selamat pagi. Sekarang berada d Penang. Balik sekejap untuk g majlis kawen kat Sg Petani. Alhamdulillah.. semalam sampai Penang terus ada sesi coaching di Kulim.

Sebelum ni macam2 yang aku try tuk buat. Tapi hasil bacaan ku untuk beberapa minggu ni sedikit sebanyak buka mata aku tentang dunia biz ni.

Betul la ILMU tu sangat penting. Cari la ilmu sebanyak mungkin. Dari sesiapa je.. x semestinya dia sahabat baik kita.. x semestinya dia pensyarah kita..

Saya menimba ilmu dari buku2.. dari orang yang dah berjaya dalam bidangnya.. berkawan la dengan mereka. Fahami pemikiran mereka.

Satu dalam menuntut ilmu. BUKA MATA. BUKA HATI. Terima semua teguran. Digest semua pesanan..

InsyaAllah..

Wallahualam...