
Tuesday, October 14, 2014
Kami team FV

Tuesday, September 2, 2014
Amanah. Bernilai tak?
"Saya dapat dengan harga RMx, same x dengan yg ni"
"X dapat ker harga adik beradik, harga kawan2, harga kawan sekampung?"
"Akak jual mahal ni ada buyer ke?"
Sayang2 sekalian..
Dalam apa pun yang kita buat, kita kena ada prinsip kan?
Ni prinsip Dila berniaga...
.. Dila ambil stok dari Premium Stokis, terus dari HQ. tiada isu Dila jual barang tiruan.. N Dila jual FEELVOGUE dengan harga HQ..
... Soalan 1, maaf Dila x dapat nak pastikan sama ada FEELVOGUE yg anda beli dengan harga sekian2 tu sama or x dengan yang Dila punya.. Andai anda terbeli yang tiruan, Dila x dapat nak tolong. Bagi Dila kulit tu aset. N mesti la nak yg terbaik n bukan barang sembarangan.
... Soalan 2, ni pun Dila kena mintak maaf utk semua harga kaum keluarga or harga kenalan lame. Maaf maaf.. Dila cuma boleh bagi disksin d hari2 tertentu yang HQ keluarkan notis..
... Soalan 3, Alhamdulillah... Setakat ke hari ini, alhamdulillah rezeki sentiasa ada.. Kereta x pernah miss bayar. Insurans x de lapse.. Siap boleh buat saving :) Allah huakbar. Rezeki Allah sangat luas.. Syukur sgt..
-----> Dila jual produk orang.. Ada amanah yang Dila pegang.. Sebaik mungkin Dila jaga amanah yg diberi.. Dila x nak kaya sebab menindas rezeki orang lain yg juga punya anak kecik.. Bila jaga amanah, Dila x pernah rasa sakit hati or risau dengan isu main harga yang memang femes d kalangan orang Melayu.
Bagi Dila, pengguna berhak memilih. Kerana pengguna yg akan tanggung baik n buruk pilihan yg d buat. Stay safe sayang2..
Thursday, August 28, 2014
Isu bersalin lagi..
Kejap je rasa.. Tup tup dah nk bersalin dh.
Tapi.. Tapi., masalahnye dila blom confirm lg nak bersalin kt mana!
Haiya!
Mula2 decide nak bersalin kat Dewan Bersalin Muslimah Gombak.. Tpi Isnin baru ni bila dila mintak suggestion Dr Wan tempat yg dila check up tu, dier kate since baby dila kecik, takut baby kena masuk incubator, dier suggest utk pergi ke hospital yg ad set up ni..
Ok.. Bila Dr Wan cakap cam tu dh pening dh fikir nak bersalin kat mana.. Dah anak 2nd pun jadi cm ni gak..
Jd mintak Dr Wan buat surat refer ke HUKM.. Cam agak jauh gak kn.. Tp x tau nk g mn.. Pasrah je la.. Nasib baik hubby ada utk temankan..
Mula2 kt HUKM g kat bhgian gov.. Tp dier kate facility x cukup.. Bla bla bla...
Lepas tu kami naik ke private wing.. Jumpa dengan Dr Kadir. alhamdulillah lepas consult ngn Dr, dier kata baby semua ok n dtg balik nxt week n boleh decide nk czer or nak bersalin normal..
Balik rumah, ayah suruh g tanya kt Pusrawi or Tawakkal lak.. Tp dila cam berat hati lak nak g. Coz nak byr consultation fees lg.. Nk kena cerita from A to Z lg..
So hari ni g Pusrawi. Jumpa Dr Daud. 1st jumpa, doc baik.. Tp dila try minta utk jumpa dr perempuan lak. Dier kate ok... Dr kate 85% chance untuk bersalin normal. Tp since yg dulu dah czer, andai kata jahitan lama tu terbuka akan tau time nak bersalin. Cam ngeri lak kan dengar. Auch!
Jadi, persoalannye, nk bersalin kat mana? Normal or czer?
Friday, August 22, 2014
Beralih arah..
![]() |
| FEELVOGUE Supercover Foundation, FEELVOGUE Bridal Touch, FEELVOGUE Make Up Spray |
berFEELVOGUE la pulak....
Berkurun lame tak buka page ni.. busy sangat dengan hal2 dunia. Ehem!
ok2. new update.
Sekarang ni sibuk pulak dh ber-FEELVOGUE.. ape tu? dier cam ala-ala perasan vogue gak la. Agaga.

Ini lorr produk yang super best aku pakai sekarang.. n jual...
(agak macam2 produk aku jual kn? haish.. biase la.. dalam nak cari yang serasi, macam2 yang akan kite lalui... aiseh. ayat...)
ok berbalik pada produk ni.. FEELVOGUE ni keluaran Precious Sara Ent.. aku kan jenis cerewet dengan bab2 benda letak kat muka. Muka tu aset tuuuu.... ok FEELVOGUE ni ada 3 item.
1. FEELVOGUE Supercover Foundation
2. FEELVOGUE Bridal Touch
3. FEELVOGUE Make Up Spray
Stakat ni yang memang high demand FV Supercover Foundation. Sebab? Aku gelarkan dier foundation ALL in ONE.
Moisturiser.
Concealer.
Sun protector
Foundation
Bedak.
Semua dalam 1 bekas!
Best ke best?

x payah buang duit beli banyak2 barang..
x payah buang masa berjam2 depan cermin..
x payah gado ngn bf n husbnd sebab bersiap lambat. ehem!
PLUS, ni produk Muslim tau. bukan yang beli timbang kilo kt negara jiran tu...
ok. sambung lain lak k..
nak tau lebih lanjut boleh contact ak.. 013-3332476 =)
nite2~~
Friday, April 25, 2014
Sedekah tarik rezeki
Lame x update blog. Sibuk dengan biz on9n mana2 yang perlu.
Bulan lepas sibuk ngn ESP Shaklee. Meletup2 sales masing2. Kan kan? Tapi ni bukan nak cakap pasal March punya cerita.
April suda.. 2 minggu pertama memang down giler sebab case claim client yang x sttle. Its ok... I take the blame.. Even bukan 100% salah aku. X masuk lagi hal2 lain... Huaaaa...! Nangis kalau cam ni selalu. Haish..
Itu semua COOOBAAAANNNN.....!!!
Masuk minggu ke 3, aku tekad labur duit tuk g personal coaching tuk biz. Melabur untuk ilmu memang x kan rugi.
Kite x kan jadi bodo dengan belajar. X gitu?
Selepas 5 jam coaching.. Jumpa dengan mereka yg hebat. Buat praktikal terus.. Rase berkobar2 koz dah nampak clue mana yang perlu dbaiki.
Alahmdulillah.. Syukur sangat. Semoga dipermudahkan...
Owh. Panjang lak intro. X masuk lg cerita. So nak dipendekkan cerita, ak jadi agen tuk produk pembersih wanita yang baru launch kat pasaran..
Nak jual, lagi bagus klau guna sendiri. Klau orang tanye pun boleh terus bg tau pengalaman sendiri. Dengan balance duit yg ade, aku beli 2.. 1 tuk aku, n 1 lagi bagi kat ibu..
Lepas pkai 2 hari terus sign up tuk jadi pengedar. Weeee...!!! Produk hebat kene la share ngan orang kan..
Beli 10 je dulu. Barang belum smpai aku dah fikir nak bg 1 kat mak mertua. Adil la kn. dua2 mak dapat =)
Mungkin dengan sedekah yg sedikit, Allah murahkan rezeki aku.. Sales masuk x putus2.. Hati lapang walaupun x banyak.. Syukur.. Syukur..
"Apa yang ada pada kita belum tentu kita punya. Apa yang kita sedekahkan itu la hak kita"
The power of sedekah :)
x caya? cuba amalkan.
![]() |
| Hygienic foam yang best |
Tuesday, January 28, 2014
halal or haram?!
Ala.. sebab dier orang kenal aku. Tak kan pulak ak nak meroyan tiba2 kan..? Bukan aku ambil mudah isu halal or haram.. aku cuma x nak tambah spekulasi... x mau menyumbang comment yang mengarut... alah. 3 tahun jadi Halal Exec company, puluh2 kali baca e-fatwa, x tau brape banyak kali dail no fon jakim x berangkat. Ehem! ape la sangat dengan orang yang 30 tahun dilahirkan sebagai muslim. Ye tak?
ok2.. berbalik pada kenapa aku kecewa. Banyak lak melalut.
bila mula2 isu ni aku kesan, beberapa bulan lepas. Sebelum isu ni jadi besar cam ni. Bila lampiran sijil, test n even chemical safety data sheet diletak kat web, tapi sijil halal xde. Maube P&C? X tau la...
Maybe ni la yang orang kate.. bila produk or company dah mula nak berjaya, macam2 rintangan akan berlaku..
start dengan 1 group ni mengatakan biz MLM ni bla bla bla... then x lame lepas tu company bagi lampiran surat..
berbalik pada isu ni... company x buat benda yang sama.. x de surat. Xde sijil. Xde notis. Xde penerangan or what ever. Nothing!
bila isu ni naik kat group..
jawapan mereka yang mulanya cuma kate "ala tu dier orang dengki la tu..." or "jgn pedulikan dier orang. Teruskan biz kite. Fokus bonus bertingkek2"
Aku diam lagi...
sampai satu ketika.. bila anak2 buah 'menyeru' sifu mereka (sifu la kot sebab bonus dah cecah 6 angka woii. Orang baru blajar, 4 angka pun x lepas lagi) untuk meleraikan kekusutan dek x tahu nak jawab kat prospek & downline.
...jawapan yg diberi. N yang ku baca sungguh mengecewakan...
Lebih kurang macam ni....
"Saya dah tanya pada beliau sekali. Hanya tunggu tindakan beliau. Siapalah saya untuk mendesak beliau mengenai perkara ini"
...tambah mengecewakan...
"Rasenye lebih baik kita fokus pada biz kita n tutup dulu perkara ni......"
Reaksi ak?
baca balik message beberapa kali sambil dalam hati cakap "kepala hotak ko! Sebelum ni bileh message2 sembang2 dengan 'beliau' tu bagai tapi bila isu halal n haram yang diutarakan, ko bleh cakap siapelah ko???? Ko dah dapat macam2. Bonus bertingkek konon dengan kereta mewah, ko bleh bagi alasan bodo macam tu? Klau time aku kerja, boleh je tanya kat bos tuk follow up n tiba2 ko x bleh nak follow up pasal isu agama ko? What da....????n bla bla bla" aku bebel sorang2 dalam hati...
n sejak tu aku mendiamkan diri.. xde lagi promosi d wall.. biarkan...
hm..
isunya begini.. bukan xde logo halal tu bermakna bahan tersebut adalah haram. NO!
klau betul hanya buah2an yang digunakan, ianya still halal...
nak dapat logo halal bukan setakat ingredient.. filing, management, processing, storage, equipment semua diambil kira..
penyalahgunaan logo halal tu more pada etika sesebuah company. Kalau logo halal pun diperkotak katikkan, agak2nye ko rase sebagai orang muslim, ko bernilai ke kat company tu? Maksudnye lagi ko ni dipergunakan je tuk melariskan produk dier. Dier peduli ape dengan korang semua yang menjual ni. Asalkan pulangan company dah cecah jutaan ringgit.
harap mata hati mereka masih celik utuk menilai.
Jangan dibutakan dengan duit bonus je..
wallahualam..
Tuesday, January 14, 2014
Zaman yang d tinggalkan..
Bila biz partner saya nak g interview.. lepas bertahun2 meninggalkn zaman blajar, mlm ni partner tanya soaln kimia.
Muahaha. Yang x caya aku masih simpan saki baki term2 kimia dalam kepala..
Nasib baik x tanya ak reaction2 bagai.. alkylation.. hydrolysation... klau x pitam aku nak cari nota khazanah alam yang selayaknya d masukkan ke arkib.
Ap yang aku mengarut malam2 mengimbas kenangan lame.. rinduuuuuu... wth???!
Saturday, November 23, 2013
.. i admit. I was wrong ..
As salam. N selamat pagi. Sekarang berada d Penang. Balik sekejap untuk g majlis kawen kat Sg Petani. Alhamdulillah.. semalam sampai Penang terus ada sesi coaching di Kulim.
Sebelum ni macam2 yang aku try tuk buat. Tapi hasil bacaan ku untuk beberapa minggu ni sedikit sebanyak buka mata aku tentang dunia biz ni.
Betul la ILMU tu sangat penting. Cari la ilmu sebanyak mungkin. Dari sesiapa je.. x semestinya dia sahabat baik kita.. x semestinya dia pensyarah kita..
Saya menimba ilmu dari buku2.. dari orang yang dah berjaya dalam bidangnya.. berkawan la dengan mereka. Fahami pemikiran mereka.
Satu dalam menuntut ilmu. BUKA MATA. BUKA HATI. Terima semua teguran. Digest semua pesanan..
InsyaAllah..
Wallahualam...
Thursday, November 21, 2013
simpanan... menabung tuk hari tua..!
3 minggu duk rumah..! dah macam suri rumah sepenuh masa. tapi alhamdulillah... income still masuk setiap bulan.. jadi x la terasa sangat income terus x de..
Apa yang aku terlepas pandang sejak beberapa bulan ni... menabung! sejak berenti kerja hari tu banyak benda nak kena sttle. so menabung ni aku letak yang paling last. padahal bukan macam tu konsepnye! totally WRONG!
bila income/ gaji masuk, MAKE SURE at least 10% dari gaji dah tolak tuk simpanan. PASTIKAN! kalau x, sampai bila-bila pun x de saving. btol kan? kan?
Dalam hujung2 bulan ni... hari ni gaji masuk. yeay! alhamdulillah.. sebab kesedaran ni, pagi2 dah online n tolak 10% masuk saving.. alhamdulillah..
tip of the day --->
Hari Gaji --> at least 10% terus saving ye!
Wednesday, November 20, 2013
The magic of thinking big
Friday, November 15, 2013
Bukan senang nak senang...
Friday, November 8, 2013
Marah-marah-sayang
Sambil tidokan c kecik, baru berkesempatan tgk WHI..
Dalam usia prkahwinan yg baru setahun jagung ni, pergaduhan tu memang x dapat d elak. Sedangkan lidah lagi tergigit. Chewah!
Tips yang penting .
... kalau boleh jangan lebih sehari. Lagi pendek lagi bagus. Before malam kalau boleh stlekan
... JANGAN gadoh depan anak2!
... bila marah, selalunya lidah lagi laju dari akal. So, sit back. N jangan cakap yang bukan2.
... jangan guna perkataan yang x elok. Bo**oh la..tuttt... tuttt.. banyak pulak yang nak d sensordkan.. haish! No no ok!
... salah sorang kne mengalah. Memang la kn.. kalau dua2 x nak mengalah, cam api dengan api... sampai bila x padam.
... jaga hati pasangan even niat nak bergurau pn. Kalau agak2 gurau yang x menggelikan hati tu x yah la buat kn...
Kesimpulannye, marah-marah sayang or marah-marah manja tu perlu. Bukan yang perang sampai ada ufo or piring terbang tu.
Saturday, November 2, 2013
New business..!!! Yang HOT masa kini!!! PhytoScience
Friday, October 4, 2013
Specially for HIM
Kalau cakap pasal Mary Kay, mesti sinonim dengan wanita. Ramai tmyang x tahu sebenarnya Mary Kay juga mengeluarkan skincare untuk kaum adam.
So malam ni nak publish antara barang basic tuk lelaki.
Barang-barang ni pun cantik tuk dijadikan hantaran tau. Ni antara barang yang boleh dletakkan sebagai hantaran.
Ada cleanser, toner n moisturiser dengan SPF. Bagus kan? X payah la pening2 kepala nak cukupkan hantaran kawen tu.
Klau nak kena order cepat. Especially cleansing bar tu. Cepat betul habis. Bagi mengelakkan barang x cukup or x de, order awal.
Owh. Yang kanan sekali tu limited edition mkmen face towel. Bukan senang nak dapat face towel tu..
Selain dari barang2 ni, ada gak perfume, body spray...
Boleh buat present tuk husbnd ke.. ayah.. adik, abang or anak!
Kalau nak info lebih lanjut, boleh contact me directly k. 013-3332476 *wink*wink
Thursday, October 3, 2013
Business.. angan-angan.. mungkinkah tercapai?
Walaupun tengah busy dengan biz insurans n Mary Kay, tapi hati ni cam nak sambung lagi biz shawl yg dulu...
Tapi apakan daya.. biz partner pun bz nak dapat baby..
Bukan senang nak buat biz kan.. lagi2 sekarang banyak orang jual shawl gak.
Tp.. tp..
Kalau la adik ipar ku ada d KL, nak juga share dengan dier.. modal insyaAllah ada..
Mungkin tu bukan rezeki...
Xpe la.. klau jual shawl dapat pahala sebab orang tutup aurat.
Jual insurans insyaAllah pahala tolong orang.. ni je kan cara nk tolong orang.. nak sumbang wang ringgit tuk orang sakit, kalau seratus dua tu boleh la d hulur. Tapi kalau nak mintak sumbangan sampai ribu2, x mampu gak nak bagi.
Salah satu jalan yang bleh d buat, tolong sedarkan dier orang time sihat ni la beli insurns.. so klau sakit, bleh la tolong uruskan hal2 insurans..
X pun klau meninggal dunia, ada la duit skit bagi kat pasangan tuk teruskan hidup. X la pasangan duk merempat bawah jambatan. Atau hidup mintak simpati jiran tetangga.
Kan ingat mengingati tu penting...
Beringat masa senang..
Ingat 5 perkara.. sebelum 5 perkara....!
*klau niat baik, insyaAllah akan d permudahkan*
Thursday, September 12, 2013
NEW + moist + pretty + awesome LIPSTICK
Let the pic speak... huhu
Ni la dia lipstick True Dimensions yang terbaru dari Mary Kay. Dengan 8 warna pilihan yang cantik2, tekstur yang lembut. dan yang penting, sangat moist...! Ramai yang dah jatuh cinta.
Jom cuba beramai2. Paling best kalau boleh buat Lipstick Party. Kat rumah or kat pejabat..
Give it a try. & u will fall in LOVE with this new lipstick ~
Jom tengok my fren yang try lipstick ni
Cantik kan warnanya? Dalam gambar ni warna 'Firecracker'
Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan lipstick terbaru yang cun ni sekarang!
Sebarang pertanyaan boleh call/msg 013-3332476
*book your date!*




