Pages

Showing posts with label money matters. Show all posts
Showing posts with label money matters. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Kami team FV

Alhamdulillah...

Sejak buat biz ni, Dila join team yang sangat awesome!

Tak de berdengki.. Cemburu ada.. kalau tengok ada mmber yang sales lebih laju.
Tapi xde iri d hati kami.

Mudahnya dan bersyukurnye Dila ada team mmber macam ni. 

Seperti biasa.. kalau ada team mmber yang pergi kursus or seminar pape, kami akan share ilmu..

And malam ni... sharing dari Atin.. mengenai biz guna Instagram.

Ye la. sebelum ni kami gunakan Facebook sebagai medium utama. Kalau guna medum yang lain, maknanya lebih ramai prospek. kan kan?


OK. Ada yang nak join team FV dila?

Jangan risau kalau x ada modal. Coz modal terbesar yang kena ada adalah RAJIN.

Dila nak cari 10 orang team mmber baru sebagai DROPSHIPPER / AGEN. 

Kalau anda2 mmpunyai niat nak VOUGE kan orang... atau suka berbisnes.. boleh contact Dila..

013-3332476

Telegram/Whatsapp

Thursday, November 21, 2013

simpanan... menabung tuk hari tua..!



3 minggu duk rumah..! dah macam suri rumah sepenuh masa. tapi alhamdulillah... income still masuk setiap bulan.. jadi x la terasa sangat income terus x de..

Apa yang aku terlepas pandang sejak beberapa bulan ni... menabung! sejak berenti kerja hari tu banyak benda nak kena sttle. so menabung ni aku letak yang paling last. padahal bukan macam tu konsepnye! totally WRONG!












bila income/ gaji masuk, MAKE SURE at least 10% dari gaji dah tolak tuk simpanan. PASTIKAN! kalau x, sampai bila-bila pun x de saving. btol kan? kan?


Dalam hujung2 bulan ni... hari ni gaji masuk. yeay! alhamdulillah.. sebab kesedaran ni, pagi2 dah online n tolak 10% masuk saving.. alhamdulillah..


tip of the day --->

Hari Gaji --> at least 10% terus saving ye!



Tuesday, March 12, 2013

EPF.... simpanan hari tua~ huk huk

Hari ini diumumkan kenaikan gaji bagi kakitangan kerajaan lagi.. ape pulak kate pekerja2 d sektor swasta? Tapi bukan itu yang aku nak bincangakan. Coz bagi aku tu rezeki mereka.. pekerja swasta skalian, ayuh la bekerja lebih gigih tuk naik gaji especially yg increament base on performance kerja..

Bagi pekerja swasta yang cam aku ni, sejak aku start kerja lagi aku dah kira2 simpanan yang d perlukan untuk aku bersara. Al maklum.. x macam kerajaan yang ade pencen tiap bulan.
Tapi apa yang memyedihkan, kajian yang di buat amat membimbangan semua pekerja swasta..

the fact of life. EPF~

Bukan aku x sedar. Kalau bulan2 kte rasa RM3000 tu cukup sekarang, apelah nilai RM3000 tu 25 tahun akan datang? Renung2kan... 

Buku yang sedang aku baca sekarang ni hasil tulisan Azizi Ali.. dalam buku ni ada diterangan cara tuk tambah pendapan even anda sekarang sedanga bekerja makan gaji. X kira kerajaan or swasta. Walaupun bagi aku 2 or 3 chapter yang mula2 tu agak lambat skit, tp bila sampai kat bhagian tengah, baru la nampak ap yang ingin d kongsi. ~ HIGHLY RECOMMENDED!! ~


Sebab tu sekarang time tuk aku kumpul duit sebagai persediaan hari tua.

Tapi ingat, jangan leka dengan harta dunia. Siapkan diri gak tuk bekalan akhirat..

Monday, March 4, 2013

INspirasi kejayaan isu 1-7

Hoho.. akhirnya.. selepas beberapa lama parcel sangkut kat pjabat pos batu caves, ni br dapat ambil.

Tu pun kena tunggu sejam sebab org kaunter tersalah letak sorry note ku. Saborrrrr je la.. sabor pun muka yg aku bolrh senyum mula2 cam berubah gak la. Penat weyh sejam tercongok. Dari full kaunter sampai tinggal aku n sorng pak cik je..

Tapi kebab kesibukkan ku, ak sempat baca muka depan je.. huu..

Nak beli 7 siri ni boleh dapatkan kat laman web inspirasi kejayaan. N ade promosi tuj 7 isu terdahulu ni.

Wednesday, February 27, 2013

Inspirasi Kejayaan

Selepas beberapa lama mencari majalah ni, akhirya taraaaaa! Ade kat tangan sendiri. Since money is my big concern, managing money is more interesting. Huu..

Semalam baru beli edisi ke-9.. 8 siri dh tertinggal. But don't worry. Edisi 1-7, pihak IK ada jual secara online. 7 siri + postage RM30..

Harga normal RM6 senaskah. Hm.. isi not bad. Even buku ni agak nipis kalau nak d bndingkn dengan harga. Then banyak iklan2. Huu.

X sabar nak g ambil 7 siri yang sangkut kat kaunter pos laju batu caves. Haiii la...

Thursday, February 21, 2013

the very 1st step~

KEPERLUAN? KEHENDAK?

boleh x bezakan antara 2 perkara ni? hurm... agak susah gak.. aku yang yang asyik fikir keperluan or kehendak ni pun selalu tewas dengan perasaan sendiri...

mari list down ape yang terlintas kat fikiran sekarang ni~

nak.... beli kasut baru? kehendak!
baju baru? kehendak!
beli shawl baru? errr. keperrrr.. err.. kehendak~~
tukar keta baru? kehendak!
tukar kerja baru? errr~~???

macam semua yang aku nak adelah kehendak semata-mata.. ish ish... nafsu... nafsu...

ingat, beri yang KEPERLUAN sahaja!

Wednesday, February 20, 2013

Saving

Ehem. My current interest :) save n save..

Kalau dulu masa belajar memang nak sangat kerja cepat sebab nak simpan duit. Syok kan bila update buku bank (or sekarang dah tengok online jer) baki duit makin bertambah. Kalau anda rasa x syok boleh beri kepada saya n tengok syoknye saya! Haha.

Ok2. So, the basic principal for saving, 10-20-70. Atau 30-70. Figure ape tu?
Buat figure tu sebagai percentage dari gaji anda. 10-20 or 30 tu adalah untuk saving n investment.
Contoh, kalau gaji RM2000, 30% xRM2000= RM 600 untuk saving n investment.
Wow. Agak banyak gak tu. Untuk permulaan memang sukar. Tapi minimum saving yang wajib adalah 10% dari gaji. 

Secara idealnya, seseorang perlu menyimpan 6 bulan jumlah gaji sebagai simpanan kecemasan.
Maksudnye? Contoh kalau seseorang tu gaji RM2000. Jadi dia patut simpan 6xRM2000=RM12000 sebagai simpanan kecemasan. 

Tips.. selalunya orang akan simpan baki dari gaji yang tinggal. Hakikatnya, lebih baik tolak dulu untuk simpanan dan guna baki yang tinggal untuk perbelanjaan supaya x ada istilah 'terguna'..
70% adalah expenses yang boleh digunakan untuk perbelanjaan harian..

So, calculate balik saving n expenses untuk simpanan masa susah n tua nanti!
....\($,$)/....