Pages

Tuesday, May 21, 2013

Shoes! Scholl!

Kasut. Wanita. Beg. Makeup. Memang tak dapat dpisahkan.
Setuju?! (Yang rase diri wanita mesti akan kate setuju. Kan kan kan)
Hohoho.
Hari ni ada appointment kat Empire Shopping Gallery. Tapi sebelum tu kena g Maju Junction Mall dulu coz adik nak daftar haji. (Dapat tahun 2062 hokeh!!! Ok2. Terpesong lak). Lepas tu dapat ler merayap jap kat Maju Junction tu..
Terjumpa la kasut yg cun ini.. haiyooo.. dah la aku ni jenis x boleh tengok benda2 gini. Nak lagi klau mood shopping tu ade.
Tapi... tapi... tapi.. kasut yang cun tu.. full covered punye... hai la..
Aku memang ade prob klau beli kasut cam ni. Tapi... tapi... dier cun! Agaga.
Dah2. Last beli kasut full covered dulu mase nak convo master.. sampai sekarang masih baru dalam simpanan...
Jangan membazir! Teruskan perjalanan... even dalam fikiran ni cam terbayang2 jer lagi...
Ngeh ngeh. Nasib baik la ko kasut Scholl.. RM228 lak tu.. kalau stakat RM20 or RM30 mesti dah amek dah. Haha.

Tuesday, April 9, 2013

One of my dream

1 of my dream.. pictured on 'My Dream Canvas' =)
InsyaAllah 1 hari aku boleh buat secara konsisten.. dengan lebih ikhlas, tenang.. n kusyuk..
Solat Sunat Dhuha..
Banyak fadhilat kalau diamalkan..
Sekadar ambil 5 minit dari waktu harian kita..
InsyaAllah...


Friday, April 5, 2013

My final task

Dalam perasaan yang 50-50 tuk berenti, tetap melaksanakan my final task kat sini. Internal training selama x tau brape jam.. hukhuk. Banyaknye slaid smpai 73. Tido la semua ahli committee ku! Siannn kat korang.

Tarikh. 8 april 2013..
Tempat. Meeting room Bay 6
Masa. 9 am.

Semoga d prmudahkan urusan ku...

*tengah membina my new goal*

Wednesday, April 3, 2013

Resignation letter

Tinggal la yang d sayang.. tinggal semuanya..

Even saya x di bayar tinggi di sini..
Even saya x de lunch hour yang fix stiap kali..
Even d bebani tanggungjawab yg besar..
Even penat berdiri sepanjang hari..
Even cuti tahunan x banyak seperti company lain..

3 tahun mengajar saya..

Untuk bersabar..
Komunikasi..
Responsibility..

3 tahun dulu saya datang dengan cara yang baik.. biar keluar juga dengan cara yang baik..

1 of da hardeast decision i had ever made..

Saya pergi kerana tanggungjawab. Dengan niat yang baik, insyaAllah akan dipermudahkan..

Tuesday, March 12, 2013

EPF.... simpanan hari tua~ huk huk

Hari ini diumumkan kenaikan gaji bagi kakitangan kerajaan lagi.. ape pulak kate pekerja2 d sektor swasta? Tapi bukan itu yang aku nak bincangakan. Coz bagi aku tu rezeki mereka.. pekerja swasta skalian, ayuh la bekerja lebih gigih tuk naik gaji especially yg increament base on performance kerja..

Bagi pekerja swasta yang cam aku ni, sejak aku start kerja lagi aku dah kira2 simpanan yang d perlukan untuk aku bersara. Al maklum.. x macam kerajaan yang ade pencen tiap bulan.
Tapi apa yang memyedihkan, kajian yang di buat amat membimbangan semua pekerja swasta..

the fact of life. EPF~

Bukan aku x sedar. Kalau bulan2 kte rasa RM3000 tu cukup sekarang, apelah nilai RM3000 tu 25 tahun akan datang? Renung2kan... 

Buku yang sedang aku baca sekarang ni hasil tulisan Azizi Ali.. dalam buku ni ada diterangan cara tuk tambah pendapan even anda sekarang sedanga bekerja makan gaji. X kira kerajaan or swasta. Walaupun bagi aku 2 or 3 chapter yang mula2 tu agak lambat skit, tp bila sampai kat bhagian tengah, baru la nampak ap yang ingin d kongsi. ~ HIGHLY RECOMMENDED!! ~


Sebab tu sekarang time tuk aku kumpul duit sebagai persediaan hari tua.

Tapi ingat, jangan leka dengan harta dunia. Siapkan diri gak tuk bekalan akhirat..

Tuesday, March 5, 2013

Oh tanah air ku!

Tiba2 aku jadi patriotik pasal isu kat Sabah ni. Selalunye aku x ambil kisah pun.. ahaks!

oleh kerana kawan2 aku ramai yg terdiri dari polis n tentera,  secara x langsung bila dier orang update gmbar2 n cerita yang berkaitan dengan benda2 tu, aku pun terupdate sama. Kira cam berita2 panas baru kluar oven. Hahh! Haru!

Tuk mereka2 yang terlibat sama ada tengah standby or jadi barisan hadapan pertahanan, semoga korang dberi kekuatan.. Doa dari seluruh rakyat Malaysia sentiasa bersama anda..

Yang aku dengar, masjid2 pun dah mula buat solat hajat..

Untuk ahli keluarga yang mana ada ahli keluarga yang dihantar ke sana untuk mempertahankan negara, harap bersabar..

Untuk ahli keluarga para pejuang yang terkorban, ucapan takziah buat ahli keluarga.

Tq untuk mereka2 yang update especially wartawan x bertauliah dari Langkawi. Ahaks! Nape Langkawi? Sebab orang yang berkenaan punya kapal kena buat rondaan untuk perairan sana.. mengenai isu orang2 Rohingya.. (i bet x ramai yang tau pasal benda ni coz mereka x bahaya cam kat sabah).

Oleh kerana terdapat benda2 yang x boleh d dedahkan kepada umum, news itu hanya tuk update diriku.. rahsia!! Haip!

Semoga semua ini berakhir dengan segera tanpa mengorbankan banyak nyawa.. n malaysia menang! Amiiinnn!

*even saya naik muak dengan isu2 politik yang d kaitkn, tapi saya tetap warganegara Malaysia*

Monday, March 4, 2013

INspirasi kejayaan isu 1-7

Hoho.. akhirnya.. selepas beberapa lama parcel sangkut kat pjabat pos batu caves, ni br dapat ambil.

Tu pun kena tunggu sejam sebab org kaunter tersalah letak sorry note ku. Saborrrrr je la.. sabor pun muka yg aku bolrh senyum mula2 cam berubah gak la. Penat weyh sejam tercongok. Dari full kaunter sampai tinggal aku n sorng pak cik je..

Tapi kebab kesibukkan ku, ak sempat baca muka depan je.. huu..

Nak beli 7 siri ni boleh dapatkan kat laman web inspirasi kejayaan. N ade promosi tuj 7 isu terdahulu ni.